Thursday, April 30, 2009

Minda

Salam sejahtera.

Kekuatan minda, anda mempunyainya?

Dahulu, semasa saya masih lagi di peringkat rendah, saya pernah menyertai tahfidz di Masjid An-nur. Di sana, saya menemui seorang rakan bernama Hamzah. Dia bukanlah daripada mana-mana Madrasah sepenuh masa, dan dia juga bukanlah seorang yang "alim giler punye". Namun, daya penghafalannya, masyaallah, hebat sungguh. Dia hanya perlu membaca. Apa yang dibacanya semuanya "melekat" di kepala otak nya. Orang lain semua terkial-kial, dia, macam air, lancar.

Ingin tahu cara penghafalannya, saya pun bertanya. Inilah jawapannya:

"Alaah.. nak hafal tak susah. Kau kene bace je. Bace satu persatu. Hafal satu persatu. Macam gini ar *membuka ke mukasurat yg dia belum pernah hafal* Kau tngk ni, kau ingat the first word. senangkan? lepas tu, second word. then sambung ar. 3rd 4th 5th sampai abes ayat. *dia tenung ayat tersebut tutup quran dan melafazkannya dengan lancar* see? its all in the way u look at things."

Saya pun terfikir, betul juga katanya. Kalau difikirkan betul-betul, memang tidak susah mana. Satu perkataan demi satu perkatan, disatukan kemudiannya. Saya pun cubalah. Alhamdulillah, walaupun tidak selancar Hamzah, hafalan menjadi sedikit lebih mudah.

Semuanya bergantung dengan minda dan cara kita melihat sesuatu. Jika kita menganggap sesuatu perkara itu beban, maka bebanlah ia. Bukankah lebih mudah jikalau kita menganngap cabaran-cabaran yang kita hadapi sebagai perkara duniawi sahaja? Satu perkara yang kecil dan sementara. Kita hanya perlu memberikan yang terbaik dan mendapat ganjarannya di Akhirat kelak. Sekejap sahaja hidup kita di dunia ini; hidup, mati, bangkit, kena seksa rabak-rabak, kemudian jikalau layak, masuk syurga. ye ye, saya tahu, keluar mauduk.

Saya pernah diberitahu bahawa manusia hanya menggunakan 1 persepuluh daripada kemampuan mindanya. Jikalau kita dapat menjangkau dan melebihi 1/10 ini, kita boleh mendapat super power!! nak tahu siapa bilang? Dr suresh daripada cerita Heroes, kalau tak salah. HAHA saya lame.

Sekian.

Ikhtisar, ringkasan, cerita pendek.

No comments:

Post a Comment