Salam sejahtera.
Dengan membaca blog saya ini, kamu semua sebenarnya telah melepaskan peluang untuk melakukan perkara lain yang mungkin lebih menarik atau lebih berfaedah. Seperti contoh, menziarah lelaman bertemakan keagamaan, atau menonton video-video menarik di laman Youtube dan sebagainya. Inilah yang dinamakan ahli ekonomi sebagai "opportunity cost" atau "kos peluang" dalam bahasa kita.
Kos peluang adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Bagi setiap keputusan yang kita muktamadkan, sebenarnya kita telah melepaskan peluang untuk melakukan perkara lain.
Maka dari itu, kita haruslah bijak memilih dan mengutamakan yang utama untuk mengelakkan kerugian dan sesalan di hari kelak. Sebagai seorang pelajar maktab rendah, persoalan saya sering semuka adalah: mengulangkaji atau rehat? Walaupun pilihan atau langkah yang sepatutnya saya ambil memang sudah terang lagi bersuluh, namun disebabkan keletihan (yang teramat dahsyat!), mengulangkaji pelajaran seakan menjadi satu bebanan. haha. Tetapi apa kan daya, haruslah beta memaksa diri, kalau tidak nanti naik lemak pula..
Minggu depan adalah cuti sekolah bagi kami, para pelajar. Sejurus selepas itu, saya dan rakan-rakan di tpj akan menduduki peperiksaan portfolio. Dari ujian tersebut, guru akan mengagihkan kami kepada beberapa kumpulan mengikut taraf kebolehan menjawab soalan. Kalau tidak silap saya, ada 3 kumpulan; yang bijak, yang sederhana dan yang lemah. Hanguslah nampaknya cuti sekolah macam gini.. hmm.. tidak apa. Demi kejayaan!
Doakan Amad!
(hahaha amaaad~)
sekian, selamat malam.
Parewa bermaksud penjahat, pengganas atau perisau.
Friday, March 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment