Monday, March 16, 2009

Salam buat semua.

Besyukur. Sudahkah kita melakukannya hari ini?

Mari berhenti sejenak untuk berfikir dan merenung akan nikmat yang telah Allah curahkan ke atas diri kita ini.

Pancaindera yang masih berfungsi penuh. Akal fikiran yang mampu menilai. Telahkah kita menggunakannya dengan betul? Untuk menunjukkan rasa syukur kita ke atas kurniaanNya? Atau kita masih lagi sombong kepadaNya? Tepuk dada, tanya iman.

Bersyukurlah dengan apa yang ada dan janganlah asyik bermuram dengan apa yang tiada.

Ramai yang telah salah menafsirkan makna perkataan Syukur. Syukur sebenarnya bermaksud berterima kasih ke atas suatu pemberian. Perkataan tersebut TIDAK membawa maksud merasa puas dan selesa dengan apa yang sudah dikecapi, atau dalam bahasa Inggerisnya "complacent".Contohnya adalah seperti berikut: Jika seorang pelajar lulus dalam peperiksaannya, dia haruslah bersyukur. Namun pada masa yang sama, dia juga harus mempunyai tekad dan keinginan untuk memperbaiki markahnya; daripada lulus kepada cemerlang. Faham maksud saya?

Pada pendapat saya, disebabkan salah penafsiran ini, bangsa kita terbantut. Berapa ramaikah di kalangan anak bangsa kita yang berjaya menjadi jutawan? Berapa ramaikah yang telah menjawat jawatan CEO? Berapa ramaikah yang berjaya menjadi pelajar terbaik bagi peperiksaan GCE O atau PSLE? Mengapa bangsa lain boleh, dan bukan kita?

Apakah pendapat anda? Bilakah masanya anak melayu akan celik dari tidur yang panjang ini?? (ke tengah dalam koma eh?? ke belum lahir langsung? hmmm..)

Insyaallah saya akan cuba untuk mengupas dengan lebih mendalam lagi, tentang punca dan masalah bangsa pada pos-pos yang seterusnya. (Semua yang akan dan telah dibentangkan, adalah berdasarkan pendapat sahaja. Jika ada yang kurang setuju atau mempunyai pendapat tambahan, saya amat mengalu-alukan anda berkongsinya melalui tagboard yang tersedia. terima kasih. :)) (cheeyyy ke-baku-an seyy.. haha.)

Bangun, bangun wahai anak bangsaku!

Beringas:ganas, liar, garang.

No comments:

Post a Comment